Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

ikatan persahabatan...

Sungguh indah aturan Illahi, Hingga tiada apa menghalangi, Aku berterima kasih pada mu ya rabbi, Fitrahku seorang hamba sujud mensyukuri Inilah yang dinamakan ukhuwah suci, Quran dan doa menjadi tiang seri. Aku hanya insan yang lemah dan hina, Seringkali aku alpa untuk membimbingnya, Hingga aku tersedar dari lena, Rasa sayang masih lagi bertahta, Untuk memimpinnya hingga akhir nyawa, Langkah menuju jalan diredhaiNya. Untuk mu duhai saudaraa, Kita bersahabat kerana Dia, Hanya Dia yang mampu kita panjatkan doa, Usah kita lupa akan Kebesaran Nya, Walau jarak berbatu memisahkan kita, Allah tahu apa yang terbaik buat kita, Hanya saat dan waktu menentukan ia. Fikirlah kau dan aku, Ingatlah kau dan aku, Lengkapkanlah diri dengan Ilmu, Laksanakanlah amanah sebagai hamba Allah, Agar hidup disinari cahaya barakah, Hingga akhir hayat seorang hamba.... nukilan: musafir

ada apa dengan hati?

Assalamualaikum wrb. Apa khabar iman anda semua? Harap semua kita masih lagi mendapat taufik dan hidayah dari Allah. InsyaAllah. Amin. Agak lama blog aku ini kosong dan tidak bermaya kan? Al maklum sajalah, kehidupan sebagai seorang pelajar perubatan memang agak sibuk. Namun, teringat akan amanah sebagai seorang hamba Allah, aku akan tetap cuba mencari ruang dan peluang untuk mengungkapkan bait-bait kata bagi manfaat kita bersama. InsyaAllah. Untuk entry kali ini, aku rasa hendak sembang-sembang mengenai HATI . Haaa, apa dalam fikiran korang? Jom share! Huhu. Bagi aku, hati ini ibarat raja dalam diri manusia. Macam dalam sesebuah negara, raja adalah yang paling berkuasa. Begitu juga dengan hati. Hati merupakan satu perkara yang diciptakan oleh Yang Maha Agung untuk setiap hambaNya. Banyak juga pepatah melayu dulu kala yang berkaitan dengan hati, bukan? Contohnya baik hati, busuk hati, hati batu, dan sebagainya. Kenapa "hati"? Kenapa tidak 'baik tangan' ke, &

cinta suci...

"aku berlindung daripada syaitan yang direjam..." "dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..." assalamualaikum wrb, kalam suci pembuka bicara. semoga diri ini terus diberi kekuatan dan kenikmatan iman oleh Allah, insyaAllah.  Allahmdulillah, kita masih lagi diberi peluang untuk mendapatkan CINTA SUCI daripada Illahi. cinta yang mampu membimbing kita ke arah jalan yang lurus. seringkali kita lupa dan alpa akan Si Dia yang Maha Pemberi Cinta Suci. kenapa? mengapa? kenapa kita agungkan Cinta kepada sang makhluk berbanding cinta kepada Sang Pemberi Cinta? sombong dan bongkaknya kita... dibuai cinta sesama makhluk sehingga terlupa akan amanah sebagai seorang Hamba yang buruknya makhluk dikatakan indah yang comotnya makhluk dikatakan cantik yang dosanya makhluk dikatakan pahala yang haramnya makhluk dikatakan halal kenapa? mengapa? kenapa kita tidak jujur dalam berkata-kata sedangkan Cinta Suci bepaksikan kejujuran? alangkah berbu

buka mata, buka hati...

“ Sesungguhnya perancangan kamu terhadap dunia Islam hendaklah untuk melahirkan generasi yang tidak mengenal hubungannya dengan Allah dan tidak berkeinginan untuk mengenaliNya, kamu mengeluarkan mereka dari ajaran Islam tetapi kamu tidak mengkristiankan mereka. Dengan itu, akan lahir generasi muslim yang bertepatan dengan kehendak kita (penjajah), generasi yang tidak mengambil berat pada perkara-perkara besar, generasi yang suka berehat dan pemalas, generasi yang menggunakan sepenuh keupayaan dalam kehidupannya untuk syahawat, apabila belajar adalah untuk syahawat keduniaannya, apabila mengumpul wang adalah untuk syahawat keduniaannya, apabila mendapat kedudukan dalam kepimpinan adalah untuk syahawat keduniaannya……"- Kata-kata Zwemer di dalam muktamar pendakwah kristian di Quds.  assalamualaikum wrb.  apakah perasaan kita apabila mebaca baris-baris ayat di atas? tepuk dada, tanyalah iman anda. menjenguk jendela kehidupan kita hari ini, adakah musuh Islam sudah b

teguhkanlah iman kami, ya Allah...

assalamualaikum wrb... lama aku tidak menulis entry terbaru. tiba-tiba pada hari ini Allah telah menggerakkan jiwaku untuk menulis luahan hati. bukan ingin memburukkan sesiapa namun, hanya sekadar iktibar untuk sama-sama kita fikirkan... sebagai mukaddimah entry ini, eloklah kita berdoa agar kita semua dibukakan pintu hati, dilapangkan fikiran untuk merenung serta memuhasabah diri. Hanya Allah tempat kita menadah doa, memohon sesuatu.... dalam kehidupan ini, memang mereka yang bernama MANUSIA tidak akan lari daripada melakukan khilaf dan dosa. namun, perkara itu mampu kita kurangkan serta bendung. pengalamanku berada di negara bukan islam ini amat menakutkan aku. walau baru hanya beberapa bulan, namun melihat rakan-rakan seperjuangan yang kini asyik melayan godaan dunia yang sementara, bergelumang dalam lautan dosa, serta terjerumus dalam lohong kehinaan; amat merisaukan aku. pergaulan lelaki dan perempuan tiada batasan agamanya, mencuba sesuatu yang haram, serta mengabaikan tu

salam maal hijrah 1433H

assalamualaikum wrb.... dan salam maal hijrah 1433H.... alhamdulillah. syukur kepada Allah atas nikmat-Nya kita masih lagi bernyawa pada hari ini... alhamdulillah.... Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezki yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, Kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya disisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (QS. 4:100) semoga tahun baru ini  memberi kita sinar baru untuk menempuh segala onak dan duri kelak. semoga Allah sentiasa merahmati kita semua. insyaAllah.... untuk gambar yang lain, sila ke  http://ashrulcollections.blogspot.com assalamualaikum wrb... selamat tahun baru hijrah!!!! salam seribu kali sayang dari bumi moscow.....

winter is coming!!!

assalamualaikum wrb.... apa khabar semua?  lama pula aku tak meng"update" blog ni kan? bukan apa, memang sibuk sangat.. ni pun curi-curi masa study untuk buat entry terbaru... sebab rindu pada blog ini katakan... huhu untuk entry kali ini, aku tak akan menulis panjang sebab sibuk. so, hanya gambar2 yang menjadi isi blog pada kali ini..... itu sahaja... selamat bergembira! moga dirahmati Allah selalu, insyaAllah.. assalamualaikum wrb... salam seribu kali sayang dari bumi moscow!

beraya di perantauan....

takbir raya. assalamualaikum wrb.... salam aidiladha 1432H . alhamdulillah, pada hari ini kita masih lagi diberi kesempatan oleh Allah untuk meraikan hari yang penuh bermakna bagi kita umat Islam iaitu Hari Raya Aidiladha 1432H . inilah kali pertama aku beraya berjauhan beribu kilometer dari keluarga. perasaan agak sedih juga namun aku tahu, bahawa aku berada di sini adalah ingin menuntut ilmu Allah yang Maha Luas serta ingin mencapai cita-citaku bergelar seorang doktor. memang tidak dapat dinafikan kemeriahan menyambut aidiladha di Malaysia amat meriah berbanding di sini. tapi, itu bukan batu penghalang bagi kami di sini untuk menyambutnya dalam keadaan serba sederhana namun agak bermakna. perjalanan kami dari asrama pada jam 8.00pg ( waktu ini masih subuh lagi, so keadaanya agak gelap dan sejuk... ). walaupun kami tahu pada hari ini suhu akan jatuh pada paras -10 darjah celcius, namun dengan semangat yang kental, kami meredah kesejukkan itu semata-mata ingin bersama-sama m

bermula perjalananku sebagai pelajar perubatan...

assalamualaikum wrb... sesungguhnya Allah jualah yang menghendakkan kita untuk hidup pada hari ini. alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam. Allahmdulillah, aku bersyukur kerana setelah sekian lama berada di bumi moscow, akhirnya aku telah menjadi pelajar perubatan yang sah di First Moscow State Medical University. wow! lebih sebulan aku tidak berbuat apa-apa di sini, dan pada saat ini, bermulalah perjuangan aku untuk mencapai cita-citaku. kata orang, Allah lebih mengetahui apa yang berlaku dan setiap kejadian pasti ada hikmahnya... senior aku disini ada cakap, "kalau awak berjaya menempuh kehidupan sebagai pelajar perubatan di rusia selama 6 tahun, InsyaAllah, awak akan boleh survive jika diletakkan kat mana-mana nanti bila dah kerja" . hal ini kerana, belajar perubatan di sini bukan senang yang dijangka. pelbagai ujian dan dugaan perlu kami lalui di sini. contohnya, masalah bahasa komunikasi, keadaan suhu, kelas yang jauh, makanan halal dan la

Moscow race 2011 anjuran KUMOSC...

assalamualaikum wrb... alhamdulillah, bersyukur sekali lagi ke hadrat Allah swt atas kesempatan yang diberikannya kepada kita untuk hidup pada hari ini... untuk pengetahuan semua, pada 30hb Oktober 2011 aku bersama kawan-kawan aku yang lain telah menyertai satu pertandingan yang dinamakan MOSCOW RACE anjuran Kelab UMNO Moscow  atau singkatannya KUMOSC . tujuan program seumpama ini diadakan adalah memberi pendedahan kepada kami mengenai sistem metro (kereta api) dan memberi kesempatan kepada kami untuk mengenal tempat-tempat yang menarik di moscow. pertandingan ini bermula pada pukul 10.30 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang. pertandingan ini bermula serta berakhir di Pejabat Kedutaan Malaysia di Rusia. wow! memang best la. macam-macam tempat yang kami pergi, contohnya zoo, shopping mall, red square, dan lain-lain lagi. di setiap tempat tersebut, kami dikehendaki menyelesaikan tugasan yang diberi. tugasannya tak la sesukar mana pun.. hahaha... sebahagian daripada tugasan

blog "perkongsian seorang hamba" mengalami transformasi...

assalamualaikum wrb... semoga hidup kita lebih sihat, ceria dan diberkati Allah hendaknya. insyaAllah... kalau anda semua perasan, blog ini telah mengalami beberapa transformasi. betul tak? tujuan transformasi ini dibuat kerana untuk mewujudkan kondisi yang berinformasi, segar, jelas, ceria dan mesra pembaca. jika dahulunya blog ini dikenali sebagai " SEBUAH PERKONGSIAN " , namun kini ianya diganti dengan " PERKONGSIAN SEORANG HAMBA " . hal ini kerana, aku adalah seorang hamba Allah yang rasa bertanggungjawab untuk menjalankan amanah Allah bagi berkongsi segala pengalaman hidup ini kepada anda semua. perkataan HAMBA itu sendiri sudah cukup memberi makna yang besar kepada aku. ianya membuatkan aku terfikir siapa aku sebenarnya... hanyalah SEORANG HAMBA KEPADA ALLAH .... seterusnya blog ini mengalami transformasi dari segi warna tulisan dan juga tulisan yang digunakan. jika dahulu blog ini agak 'colourful', namu setelah mengalami transformasi, warna