Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2012

bantuan kepada pelajar rusia yang kemalangan

assalamualaikum wrh. ingat lagi berita kemalangan pelajar malaysia yang belajar di russia? untuk maklumat lanjut sila klik di sini . di sini ingin aku lampirkan maklumat terkini mengenai para pelajar tersebut. maklumat ini aku dapat dari senior aku di sini. semoga kita dapat membantu. jom buat amal! - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - salam wbt.. di sini saya nak membuka ruang bagi sesiapa yang berhajat untuk membantu.. masih ingat lagi sisters nizhniy yg kemalangan tempoh hari? berikut merupakan beberapa update tentang keadaan mereka.. - semua mangsa yg cedera sudah discaj. - mereka juga sudah menghadiri kuliah kecuali dayah j yang mengalami patah tulang pinggul. yana pula yang patah tulang kaki pergi ke kuliah dgn menaiki teksi. - ibu arwah adzreen, kakak dan makciknya kini berada di nizhny utk menguruskan barang2 arwah. - sementara itu, ibu dayah j akan tiba di rusia pada sabtu malam ahad ini utk menjaga dayah dalam sebulan, dua.

siapa kita?

Assalamualaikum braderr....! Huhu. Jom main teka teki. jadilah muslim yang belajar, bukannya pelajar yang muslim. Teka teki untuk kali ini : Siapa Kita? a) pelajar yang muslim. b) muslim yang belajar. Jawapan anda:_______ Apa jawapan bro2 semua? Sebenarnya, sedar tidak sedar selama ini kita keliru dengan diri kita sendiri kan. Persoalan yang semudah itu pun kita menjadi keliru dan teragak-agak untuk menjawab. So, Mari kite selidik dan 'intai' setiap jawapan tuu. " Pelajar yang muslim " kalau ikutkan dari segi 'hukum bahasa' perkara yang penting harus didahulukan dan yang menyokongnya dikemudiankan. So, kat sini perkara pokok yang ingin disampaikan adalah 'pelajar' dan yang menjadi penguatnya adalah 'muslim'. " Muslim yang belajar " Hah, untuk jawapan ni pula, perkara yang diutamakan adalah 'muslim' dan 'belajar' merupakan sokongan serta penguat kepada ayat ini. _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

sayangkah kita pada Nabi?

sayangkan isteri tinggal-tinggalkan, sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan Nabi ________________? *sila isi tempat kosong itu ye... =) assalamualaikum semua! hah! baru-baru ni umat islam dikejutkan dengan filem yang memburukkan Baginda Nabi Muhammad SAW (  Innocence of muslim ). berlaku di sana sini perhimpunan membantah dan mengharamkan filem itu tersebar di laman Y** T***. sehingga ada yang menyebabkan pertumpahan darah, pembunuhan dan sebagainya. tetapi, ada juga yang berhimpun dengan aman dan berjaya. tahniah! sumbangan gambar: pak cik google berbalik kepada teka-teki kat atas tu, macam mana kita ingin menunjukkan kasih sayang kita pada junjungan mulia itu. adakah dengan berdemo dan membantah tatkala dilanda serangan oleh orang bukan islam sahaja? bile ada isu-isu sensitif seperti ini barulah kita hendak bangkit dan menyatakan bahawa "kita sayang Nabi". berhimpun, bersatu dan membantah adalah sesuatu yang sangat baik. itu akan menyedarkan masyarakat b

musim luruh dalam diri

Melihat pokok yang kehijauan bertukar menjadi kuning keemasan. Itulah tanda musim luruh telah datang. Buat mereka yang berada di negara yang mengalami 4 musim memang best dan syok melihat keindahan ciptaan Allah kan. Seriously, mase time2 ni la ramai yang tidak akan melepaskan peluang utk ber'posing' sakan dibawah daunan yang kekuningan... cewahhh, macam filem hindustan pun ade. Hehe. ------------------------------------------------------------------------------ Merenung sejenak keindahan alam ciptaan Robbul 'izzati, membuatkan diri aku sebak dan rasa terhina. Adakah diri aku dan iman ini juga kekeringan serta berguguran seperti dedaun tersebut? Allahu Robbi. Adakah iman layu dan sepi? dimanakah kesegaran dan kehijaun itu? Persoalan2 itu menerjah jauh ke dalam seketul daging kecil yang ibarat raja kehidupan. Andai itu adalah benar, aku perlukan baja dan air secukupnya. Air ibadat dan baja keikhlasan itu perlu aku cari dan terus mencari agar tiada lagi musim luruh

betulkan niat

assalamualaikum... fuhhh.. kemain susah aku nak mengupdate entry terbaru kan? huhu. maaf bebanyok la ye...  macam2 halangan dan dugaan untuk mengupdate blog ni... hehe. ok, insha Allah, perjalanan aku sebagai student medic dah bermula hampir sebulan. banyak subjek baru yang perlu aku "biasakan" dan perlu aku membibitkan rasa cinta tuh. bukan senang untuk jatuh cinta tau! hehe. tu la. dalam mengharungi dunia sebagai seorang PELAJAR niat tu haruslah sentiasa dibetulkan... "untuk apa kita belajar dan mencari ilmu?" persoalan itu harus kita sentiasa menanyakan kepada diri kita ini agar kita sedar akan tujuan dan matlamat kita dalam menuntut ilmu ini. insha Allah, MENUNTUT ILMU KERANA ALLAH kan3. insha Allah, smoga Allah memberkati segala jihad kita dalam menuntut ilmu ni kan... (tetiba teringat akan arwah rakan seperjuangan yang meninggal dunia dalam kemalangan menuju ke university di moscow ni. al-fatihah. rujukan: kemalangan pelajar di rusia ) so, bile kita